ANAK ANDA SUKAR UNTUK INTERAKSI SOSIAL DENGAN LEBIH BAIK

Anak kecil lebih banyak belajar apabila bermain dan berbual dengan ibu bapa kerana mereka dapat mengenal lebih banyak ekspresi muka, emosi, vokabulari dan ia lebih berinteraktif berbanding bermain telefon bimbit secara bersendirian.

MENGGANGGU PROSES PERKEMBANGAN BAHASA ANAK

Apabila TV dihidupkan, ibu bapa kurang bercakap dan jumlah perkataan yang diucapkan kepada anak mereka jatuh kepada 770 sahaja. Kurang perkataan akan melembapkan perkembangan vokabulari si kecil dan melambatkan kebolehan si kecil untuk fasih bercakap.

MENYEBABKAN ANAK MEMBESAR DENGAN TIDAK AKTIF

Bermain game di smartphone tidak memerlukan anak kecil bergerak dan bermain aktif kerana semuanya sudah ada di depan mata.

Perkara ini tidak elok kerana ia dapat menganggu tumbesaran anak anda akibat kurangnya penggunaan sensorimotor dan otot-otot terutamanya bahagian sendi jari-jemari, kaki dan lutut.

MENGGANGGU PERKEMBANGAN SARAF OTAK BAYI

Perkembangan yang tidak aktif dan abnormal akibat bermain iPad terlalu kerap boleh merosakkan saraf otak dan menrencatkan kebolehan anak bergerak secara normal.

Menurut seorang pakar pskiatri kanak-kanak, anak kecil boleh menggunakan telfon pintar tetapi tidak boleh lebih daripada 10 minit dan jangan tinggalkan mereka bersama telefon pintar bersendirian. Berinteraksilah dengan mereka.

KESIMPULAN

Walaupun dengan telefon pintar dan gajet, bayi masih dapat mempelajari warna-warna, pelbagai bentuk serta objek tertentu, ia tidak se-efisien apabila berinteraksi dengan dunia sebenar. Mengapa anda ingin menyogok anak kecil anda dengan dunia digital yang terhad sedangkan mereka boleh membesar dengan persekitaran lebih nyata?

Anak kecil anda perlu lebih banyak mengenali dunia realiti!