logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

10 Smartphone Dengan Harga Tidak Lebih Dari RM 1000 Khas Untuk Gamers

Ditulis pada : August 24, 2020

Apakah berbaloi smartphone bawah RM1,000 digunakan untuk bergaming?

Bagi anda yang tidak mempunyai bajet besar atau banyak tetapi mampu untuk membeli telefon hanya berharga dibawah RM1,000 tujuan bergaming, jawapannya; ya, sangat berbaloi. Tetapi spesifikasi telefon juga haruslah sepadan dengan harganya agar anda tidak alami masalah lagging ketika memuat turun aplikasi. Juga proses semasa bergaming menjadi lancar.

Yang penting, kualitinya memuaskan setanding dengan jenama mahal. Ayuh lihat senarai smartphone bawah RM1,000 untuk dijadikan rujukan sebelum membeli;

Asus ZenFone 4 Max Pro Reviews - TechSpot

1. ASUS ZENFONE 4 MAX PRO

Shopee Malaysia
mulai
RM1,099.00

Lazada Malaysia
mulai
RM449.00 productnation

CPU : Qualcomm MSM8917 Snapdragon 425  | OS : Android 7.1.1 (Nougat)   | Memori (RAM) : 4GB  | Storage (ROM) : 32GB  | Bateri : Non-Removable Li-Po 5,000mAh  | Skrin : 5.5” IPS LCD  | Kamera : 13+5MP (Rear), 8MP (Front)  | Network : LTE 4G

Smartphone dengan harga mampu untuk dimiliki tetapi memiliki kapasti bateri besar yang boleh tahan sehingga 6 jam jika anda bergaming tanpa henti. Ianya juga mampu berfungsi seperti powerbank dengan skrin 5.5 inci, menjadikan pengalaman bergaming anda sangat memuaskan.

Dual kamera di bahagian belakang pula membolehkan anda mengambil gambar sambil bergaming dengan baik.

Huawei Honor 7X 4G 5.93 Mobile Phone w/ 4GB RAM, 64GB ROM - Free ...

2.HUAWEI HONOR 7X

Lazada Malaysia
mulai
RM479.00

Shopee Malaysia
mulai
RM590.00
CPU : Octa-core  | OS : Android 7.1 (Nougat)  | Memori (RAM) : 4GB  | Storage (ROM) : 64GB  | Bateri : 3,340mAh  | Skrin : 5.93”  | Kamera : 16+2MP (Rear), 8MP (Front)  | Network : 4G

Peranti dengan skrin 5.93inci ini boleh memuatkan 4 game dalam satu masa tanpa memakan ruang penyimpanan yang banyak. Dilengkapi dengan chipset HiSilicon Kirin 659, anda boleh bermain tanpa had. Network 4G ini membolehkan anda bermain game dimana sahaja anda berada tanpa masalah ‘loading’.

MOTOROLA G5S PLUS 4GB RAM + 32GB ROM 100% ORIGINAL SET 1 YEARR ...

3.MOTOROLA G5S PLUS

Shopee Malaysia
RM499.00

Lazada Malaysia
mulai
RM590.00
CPU : Qualcomm MSM8593 Snapdragon 625  | OS : Android 7.1 (Nougat)  | Memori (RAM) : 4GB  | Storage (ROM) : 32GB  | Bateri : 3,000mAh  | Skrin : 5”  | Kamera : 13+13MP (Rear), 8MP (Front)  | Network : 4G

Jika anda gemar bermain game selalu, pasti anda perlukan smartphone yang menjimatkan penggunaan bateri tanpa perlu cas selalu. Sesetengah smartphone mempunyai sistem phone-charging yang agak perlahan.  Tetapi tidak smartphone dari jenama Motorola ini.

Anda boleh mengecas smartphone yang kehabisan bateri pada bila-bila masa sahaja. Dengan sistem fast-charging ini, tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk mengecas penuh smartphone anda.

Neffos X1 Max Price In Malaysia RM899 - MesraMobile

4.NEFFOS X1 MAX

Shopee Malaysia
mulai
RM769.00
CPU : Helio P10 Octa-core  | OS : Android 7.0   | Memori (RAM) : 3GB  | Storage (ROM) : 32GB  | Bateri : 3,000mAh  | Skrin : 5.5” FHD  | Kamera : 13MP (Rear), 5MP (Front)  | Network : LTE 4G

Dilengkapi dengan skrin seluas 5.5 inci membolehkan anda bergaming dengan selesa dan tidak menyakitkan mata. Unit pemprosesannya pula MediaTek Helio P10 akan membuatkan operasi smartphone ini berjalan dengan lancar dan pantas serta menjimatkan bateri.

Jika kehabisan bateri setelah bergaming, anda boleh caskan penuh dengan pantas kerana ianya mempunyai sistem fast-charging.

Amazon.com: Xiaomi Mi A3 128GB, 4GB RAM 6.1' 48MP AI Triple Camera ...

5. XIAOMI MI A3

Shopee Malaysia
RM285.00

Lazada Malaysia
RM715.00
CPU : Qualcomm Snapdragon 665  | OS : Android 9.0 (Pie)  | Memori (RAM) : 4GB  | Storage (ROM) : 64GB  | Bateri : 4,030mAh  | Skrin : 6.088”  | Kamera : 48+8+2MP (Rear), 32MP (Front)  | Network : LTE 4G

Anda gemar memuat turun pelbagai aplikasi game dalam 1 masa? Pastikan smartphone yang dibeli dengan ruang penyimpanan (ROM) boleh dinaiktaraf sehingga paling besar. Smartphone dari Xiaomi ini memiliki kemampuan itu.

Merupakan peranti pertama hasil kerjasama dengan Google, anda boleh melayari internet sambil bergaming tanpa lagging.

Spesifikasi Xiaomi Redmi 5 Plus | Priceprice.com

6. XIAOMI REDMI 5 PLUS

Shopee Malaysia
RM679.00

Lazada Malaysia
mulai
RM679.00
CPU : Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625 Octa-core  | OS : Android 7.1.2 (Nougat)  | Memori (RAM) : 4GB  | Storage (ROM) : 64GB  | Bateri : Non-Removable Li-Po 4,000mAh  | Skrin : 5.99” IPS LCD  | Kamera : 12MP (Rear), 5MP (Front)  | Network : 4G

Bagi anda yang gemar bergaming dengan skrin luas, smartphone ini terbaik untuk anda. Dilengkapi dengan Snapdragon 625, anda boleh bermain game tanpa lagging. Ruang penyimpanan data tidak mencukupi? Usah risau. Smartphone ini boleh ‘upgrade’ storage sehingga 128GB.

Anda boleh simpan apa sahaja data sambil memuat turun aplikasi yang baru tanpa perlu padam data-data yang lama.

Sony Xperia Z2 Price in India, Specifications, Comparison (24th ...

7. SONY XPERIA Z2

Lazada Malaysia
RM690.00
CPU : Qualcomm MSM8974 Snapdragon 801 Quad-core  | OS : Android 6.0 (Marshmallow)   | Memori (RAM) : 3GB  | Storage (ROM) : 16GB  | Bateri : 3,200mAh  | Skrin : 5.2” IPS  | Kamera : 20.7MP (Rear), 2MP (Front)  | Network : LTE 4G

Sony tidak pernah menghampakan pengguna dengan kehebatan sistem audionya. Dilengkapi dengan sistem audio 5.1 surrounding dan lokasi speaker yang sesuai bertujuan untuk menghasilkan kesan bunyi gaming yang menarik tanpa bunyi tenggelam.

Smartphone ini juga kalis air dan kalis debu, pengguna tidak perlu risau jika air minuman mereka tertumpah ke atasnya ketika sedang sibuk bermain permainan video. Penggunaan kapasiti bateri 3999mAh dan Android 6.0 dapat menghasilkan jangka hayat bateri yang lebih lama walaupun pada penggunaan yang besar.

Buy OPPO F1s 3GB/32GB - PowerPlanetOnline

8. OPPO F1S

Lazada Malaysia
RM699.00

Shopee Malaysia
RM699.00
CPU : MT6750 Octa-coree 64-bit  | OS : Android  | Memori (RAM) : 3GB  | Storage (ROM) : 32GB  | Bateri : 3,075mAh Non-Removable  | Skrin : 5.5”  | Kamera : 13MP (Rear), 16MP (Front)  | Network : 4G

Oppo F1s memang terkenal dengan panggilan pakar swafoto kerana kehebatan kameranya. Dilengkapi dengan 3GB RAM dan prosessor MTK6750 Octa-core 64 bit, ianya sesuai untuk kegunaan bergaming. Gandingan RAM dan prosessor tersebut dapat menghasilkan gaming pada 90 frame per second lebih menarik tanpa lagging.

Penggunaan GPU Mali-T860MP2 dan resolusi 1280 x 720 pixel dapat menampung permainan video yang HD tanpa menyebabkan cepat kehabisan bateri atau overheat. Storan yang boleh dibesarkan sehingga 256GB memberi peluang kepada pengguna untuk menyimpan permainan video dan gambar-gambar selfie anda.

vivo V7plus | vivo Global

9. VIVO V7 PLUS

Shopee Malaysia
RM1,199.00

Lazada Malaysia
RM899.00

-Storage luas
-Dual kamera jelas dan terang
-Sistem audio berkualiti
-Penerimaan talian kurang jelas

CPU : Qualcomm Snapdragon 450 1.8GHz Octa-core  | OS : Android 7.1 (Nougat)  | Memori (RAM) : 4GB  | Storage (ROM) : 64GB  | Bateri : 4,000mAh  | Skrin : 5.99” Touchscreen  | Kamera : 24MP (Rear), 16MP (Front)  | Network : 4G

Smartphone dibawah RM1,000 ini sangat berbaloi untuk dibeli kerana spesifikasinya tidak kurang hebat dengan jenama mahal. Dilengkapi dengan chipset Snapdragon, anda boleh menyimpan data gaming anda tanpa risau akan ruang tidak mencukupi. Proses bergaming anda juga akan berjalan lebih lancar dengan smartphone ini.

Samsung Galaxy J7 Prime 2 price in Malaysia (MY)

10. SAMSUNG  GALAXY J7 PRIME

Lazada Malaysia
RM999.00
CPU : Octa-core  | OS : Android  | Memori (RAM) : 3GB  | Storage (ROM) : 32GB  | Bateri : 3,300mAh  | Skrin : 5.5” FHD  | Kamera : 13MP (Rear), 8MP (Front)  | Network : 4G

Smartphone ini sesuai untuk game yang lebih kasual dan santai berbanding war-game. Direka secara ultra-slim, jadi tiada masalah untuk diletakkan di dalam poket baju. Saiznya tidak terlalu besar, sesuai dipegang oleh anda yang mempunyai telapak tangan kecil.

Jika anda gemar berselfie juga, smartphone ini sesuai untuk anda. Privasi smartphone anda juga akan terjaga dengan sistem fingerprint touch ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.