Perkembangan teknologi kian dapat dirasa apabila semakin bertambah maju dalam standard rangkaian digital yang digunakan pada setiap generasi. Sebelum itu, saya kongsikan pergerakan kemajuan standard rangkaian digital dari generasi terawal ke generasi sekarang.
Standard Rangkaian Digital Yang Digunakan Pada Setiap Generasi
- 2G- GSM
- 2.5G- GPRS
- 2.75G EDGE
- 3G- UMTS
- 3.75G- HSPA+ (H+)
- 4G- Long Term Evolution (LTE)
- 4.5G- LTE Advance Pro
- 5G- New Radio (NR)
5G dilancarkan untuk mengatasi kekurangan yang berlaku atas rangkaian 4G dan yang terdahulu. oleh hal yang demikian, 5G ini mempunyai manfaat yang tersendiri terhadap penggunanya. Walaupun 4G sudah mempunyai kadar kelajuan yang memadai, ia masih belum cukup untuk memenuhi permintaan teknologi baru. seperti contoh, reknologi panggilan hologram memerlukan kualiti imej bersaiz gigabit yang terperinci, sekaligus memerlukan kadar kelajuan yang tingg. 4G juga mempunyai kadar latensi yang tinggi. hal ini akan menyebabkan kadar sela masa yang ketara apabila membuat kawalan antara peranti. Dengan kadar sela masa yang rendah, ia akan mengurangkan isu sela masa ketika penyambungan antara peranti.
Manfaat 5G
- 5G mampu mencapai kelajuan melebihi 1Gbps
- 5G mempunyai kadar latensi yang rendah untuk kegunaan dan interaksi masa nyata iaitu kadar latensi maksimum 4ms.
- percapaian maklumat dengan lebih pantas
Oleh hal yang demikian, 5G mempunyai banyak kelebihan yang dapat kita perolehi atau manfaatkan daripada perlancaran 5G ini
Perlaksanaan 5G ini akan dilancarkan secara berperingkat dalam masa yang terdekat, namum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mensasarkan ia akan dapat dinikmati oleh para pengguna bermula tahun 2021.
0 Comments