logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Cara nak BEZAKAN iPhone Original New MYSET VS Refurbished VS Secondhand

Ditulis pada : September 8, 2020

Hello iPhone user,

Jangan malas BACA nanti senang kena tipu/scam.

Jadi sebab ramai sangat sekarang seller di IG & FB rancak menjual iphone refurbished , secondhand dan macam2 lagi, sekarang saya nak cerita dengan lebih detail apa itu iphone refurbished dan beza iphone refurbished second-hand dan new set ?

Iphone refurbished ni juga disebut sebagai recond atau nama penuhnya recondition. Dari nama tu pun kita dah boleh tahu apa maksudnya iaitu ‘buat balik’.

Secara amnya iphone refurbished atau recond ni masih lagi original tetapi hanya 60% sahaja keaslian oleh kerana motherboard sahaja part original, part lain yang sudah rosak digantikan  semula dari third parti thats why user iphone recond tak boleh nak claim warranty dari apple. Normally warranty dari kedai atau dari supplier sahaja.

Masalahnya sekarang pengguna sendiri tidak ada ilmu tentang iphone dan taktahu pun yang iphone yang dijual seller tu original betul atau recond atau secondhand. 

Ok mari kita lihat perbezaan iphone ori dan recondition.

iPhone Original MYSET vs iPhone Refurbished

1) NEW Original MYset

– 100% New Seal Box by Apple

– Warranty 100% under Apple.inc 1 year

– Hanya boleh dibeli dari Authorized Apple reseller sahaja seperi Machines & Switch

– Model iphone yang dijual hanya yang terbaru sahaja contoh seperti tahun 2020 iphone 11, 11 Pro & 11 Pro max

– Model lama iphone 6 , 6s, 7, 7 PLus 8 Plus, iphone X, iphone XR, Xs XSMAx sudah TIDAK ADA New Set. Kalau anda jumpa orang jual juga itu maknanya TAK ORIGINAL

– Harga sudah tentulah mahal di Apple mengikut harga market, anda boleh semak di website Apple.

2) REFURBISHED IPHONE

RECONDITION Apple & RECONDITION CHINA MADE

– Refurbished pula ada dari Apple Center sendiri yang mana mereka menggunakan alat ganti original , biasanya warranty diberi selama 1 bulan .

–  Saya sendiri pernah beli dan guna iphone 6 Plus Refurbished Set Dari Apple. Kualiti amat puas hati kerana semuanya alatan hardware original daripada Apple

  • Lihat bagaimana Mat Saleh ni Refurbished sendiri iphone secara custom dengan membeli satu per satu parts iPhone kemudian beliau assamble sehingga menjadi iPhone Refurbished Custom

– Refurbished China Made pula adalah dari kilang kilang phone di China yang mana mereka akan menggunakan alat ganti tidak asli certified dari Apple. Anda akan mengalami banyak masalah dengan phone set Refurbished China Made kerana alatan yang tidak genuine.

– Motherboard bekas rosak oleh user lama dan di baikpulih semula untuk dijual sebagai iphone refurbished.

– Lain lain parts semua recond dengan menggunakan third party sparepart . Kualiti berbeza dari original Apple. Ini yang menyebabkan iphone refurbished senang rosak berbanding anda membeli yang original Apple

– Kekurangan adalah mudah rosak sebab sparepart dalaman tak original Apple , senang short dan kebiasaannya tak tahan lama

– Banyak dijual di Instagram dan Facebook oleh agent2 dan juga supplier sendiri. Dijual di malaysia pada harga NEWSET dan ramai wanita yang tertipu dengan keNEWSETan iphone refurbished ni

– Even iphone 4 pun ada diorang jual sebagai NEWSET

– Warranty 1 tahun tipu , bila rosak , customer nak claim . Seller akan suruh customer gi kt Apple tapi bila customer gi Apple nk claim , tak boleh claim

Untuk lebih detail boleh baca di website Amanz mengenai penipuan seller iphone refurbished. Klik link di bawah

3) Secondhand set ( Yang Kami Jual)

– iPhone yang di trade in ke Apple Center dari seluruh dunia dan dikumpulkan untuk dijual pada secondary market yang lebih murah. Normally user nak upgrade ke new model dan mereka mendapat rebat pada harga lebih murah selepas trade in iphone lama.

– Condition luaran 8@9/10

– Condition dalaman tak pernah usik dan tukar sparepart melainkn jika berlaku kerosakan baru akan tukar

– Warranty Apple utk model latest2 sahaja. Contoh iPhone 11 dan keatas.

– Sebarang kerosakan berbangkit akan pihak technician kami repair secara PERCUMA dlm masa 2 minggu

– Selepas 2 minggu , kami bagi diskaun 20% utk sebarang maintainnance servis iphone tersebut seperti lcd replacement battery replacemen dan banyak lagi. 

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.