Telefon Pintar Memberikan Seribu Satu Macam Manfaat Kepada Manusia
Teknologi yang sebelum ini tidak dapat difikirkan manusia kini menjadi suatu yang mudah digunakan semua. Tetapi, telefon pintar juga boleh memberikan kesan sampingan terhadap mata, terutamanya jika digunakan ketika gelap. Waktu sebelum tidur merupakan waktu manusia cenderung untuk berehat dan bebas melakukan apa sahaja termasuklah mendapatkan berita terkini keadaan semasa daripada Facebook dan sebagainya.
Namun, tanpa kita sedari, perkara yang sering dianggap remeh ini sebenarnya mampu memberi kecacatan kekal kepada kornea mata. Hal ini kerana, sinar biru yang dihasilkan daripada skrin telefon pintar, tidak dapat ditapis mahupun dipantulkan semula oleh kornea dan kanta dalam bahagian mata kita. Ini menyebabkan, kornea menerima sinar biru tanpa halangan terus kepada fotoreseptor di dalam mata.
Fotoreseptor Merupakan Sel Sensitif Cahaya Yang Berada Di Dalam Retina
Sel-sel ini sebenarnya tidak dapat digantikan semula sekiranya rosak, tidak seperti sel kulit yang sentiasa berganti dengan sel-sel baharu. Oleh itu, amatlah penting untuk orang ramai menggunakan telefon pintar dengan kadar yang berpatutan.
0 Comments