Tun M ketika perasmian projek demonstrasi 5G di Malaysia (Sumber: The Star Online)
Pernahkah anda terfikir apakah yang dimaksudkan dengan istilah 1 Gbps yang dikaitkan dengan internet 5G? Mari kita telusuri asas kelajuan pemindahan data bagi memahami persoalan ini. Pertama sekali, adalah penting untuk memahami bahawa, unit asas bagi storan maklumat ialah bit yang mempunyai nilai binari sama ada 0 atau 1. Contohnya, 00110110 mempunyai 8 bit. 8 bit bersamaan dengan 1 byte.

Walau bagaimanapun byte (B) hanya digunakan untuk kapasiti storan dan bit (b) digunakan untuk mengukur kelajuan pemindahan data. (Artikel ini akan memfokuskan unit bit sahaja.)
Kelajuan pemindahan data antara dua peranti dan kelajuan internet boleh diukur dengan menggunakan bit per saat (bps). Secara umumnya, semakin tinggi nilai bps, semakin banyak data yang dipindahkan dalam masa 1 saat. Sebagai contoh, kelajuan internet 4G ialah 200 Mbps – 1 Gbps manakala kelajuan internet 5G ialah 1 Gbps.
= | bps | Kbps | Mbps | Gbps |
1 Kbps | 1 000 | 1 | 0.001 | 0.000 001 |
1 Mbps | 1 000 000 | 1 000 | 1 | 0.001 |
1 Gbps | 1 000 000 000 | 1 000 000 | 1 000 | 1 |
Persamaan unit ukuran bagi kelajuan pemindahan data
0 Comments