logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

MRFIX Bangi Bercuti Pada 24 April 2017

Ditulis pada : April 22, 2017
mrfix_bangi-cuti_keputeraan_Agong

Putrajaya: Kerajaan memutuskan tarikh 24 April (Isnin) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pengisyiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.
“Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu.
“Pada pagi Isnin, 24 April, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara.
“Di samping itu, Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat akan diadakan pada Khamis, 20 April di Masjid Putra, dan Pameran Raja Kita akan diadakan pada Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

#Allahuakbar  #ChamoBangi

Ditulis oleh MrFix Bangi

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.