Penjagaan bateri laptop amatlah penting bagi pengguna laptop.
Sebenarnya ada beberapa sebab tertentu yang menjadi punca kenapa bateri laptop on the way rosak. Mari lihat apakah tanda-tanda yang boleh dilihat sebelum bateri itu rosak.
1) Bateri kembung
Ini merupakan kesan yang sangat jelas dimana bateri laptop sudah mengembung.Anda dinasihatkan agar menanggalkan bateri tersebut kerana ia berisiko tinggi untuk meletup.
2) Tempoh penggunaan bateri semakin menurun
Jika sebelum ini penggunaan bateri anda 4-5 jam. Dari semasa ke semasa ia akan menurun jadi 1jam 30 minit dan angka ini semakin menurun.
3) BILA CHARGING TIDAK SAMPAI 100%
Charging lah berapa lama pun peratus bateri laptop anda tidak anda sampai 100% sama seperti masa baru anda gunakan.Perkara macam ini boleh berlaku dan sangat jelas. Sebagai contoh laptop kawan saya yang dah lama guna bateri laptop tu kekal 5% sahaja walaupun sudah di cas satu hari.
4) Charging sekejap sudah fully charged
Situasi ini berlaku apabila bateri laptop anda sudah low, katakan 5% dan anda pun pergi charge laptop tersebut. Tetapi tak sampai 1 jam bateri laptop itu sudah pun fully charged. Bila guna laptop tersebut tak lama kemudian bateri low kembali. Ini juga merupakan tanda-tanda bateri untuk dah nak rosak.
5) BATERI PANAS DARI BIASA
Untuk mereka yang menggunakan laptop, anda sendiri boleh perasan sekiranya suhu atau kepanasan bateri untuk seperti biasa atau dari biasa. Ianya sangat merbahaya bateri untuk terlampau panas kerana ada kemungkinan bateri itu boleh meletup.
Jadi kalau bateri itu anda rasa terlampau panas baik cabut terus bateri itu dari laptop anda. Sebagai langkah berjaga-jaga.

0 Comments