Di penghujung tahun 2019 telah dilancarkan versi terbaharu IOS 13. Versi terbaharu ini dilancarkan pada bulan 9 tahun 2019. Update terbaharu ini menyokong mod malam serta Apple turut pertingkatkan privasi pengguna iPhone dengan memperkenalkan ciri terbaru bagi log masuk akaun maya dengan ‘Sign in with Apple’.

Senarai Iphone yang menyokong IOS 13
- iPhone XS
- iPhone XS Max
- iPhone XR
- iPhone X
- iPhone 8
- iPhone 8 Plus
- iPhone 7
- iPhone 7 Plus
- iPhone 6S
- iPhone 6S Plus
- iPhone SE
- iPod Touch (Generasi ke-7)
Tambahan pula, Apple mendakwa, iOS 13 akan menjadikan peranti iOS 2x lebih pantas berbanding versi iOS sebelum ini. Tetapi, anda mungkin berasa hairan mengapa peranti iPad tiada dalam senarai yang menyokong iOS 13. Ini kerana iPad sudah memiliki sistem operasinya sendiri yang dikenali sebagai iPadOS.
0 Comments