logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Skrin Sesentuh Jenis Rintangan (Resistive)

Ditulis pada : September 28, 2020

Secara amnya, terdapat dua jenis skrin sesentuh iaitu skrin rintangan (resistive screen) dan skrin kapasitif (capacitive screen). Skrin rintangan digunakan secara meluas di pelbagai lokasi seperti di mesin ATM, kiosk, peralatan perubatan dan perlatan-peralatan di kilang-kilang. Terdapat beberapa telefon bimbit terdahulu yang beroperasi dengan skrin rintangan seperti LG Optimus dan Nokia N900.

Komponen Asas Skrin Rintangan

Skrin rintangan mempunyai dua lapisan yang dipisahkan. Lapisan atas diperbuat dengan bahan yang lebih lembut seperti bahan poli-karbonat yang jernih (dan dilapisi PET film untuk mengelakkan calar) berbanding dengan bahan di lapisan bawah yang keras diperbuat daripada bahan seperti kaca. Kedua-dua lapisan atas dan bawah dilapisi indium tin oksida yang boleh mengkonduksi elektrik serta menghadap satu sama lain dan dipisahkan dengan jarak yang kecil. Jarak yang kecil ini dikekalkan dengan kewujudan penjarak (spacer) agak dua lapisan tersebut tidak bersentuhan apabila tidak digunakan. Sekiranya ditekan dengan cukup kuat, pengguna dapat merasakan skrin tersebut melengkung. 

Jika dua lapisan tersebut bersentuhan, berlakulah perubahan dalam rintangan di mana nilai voltan akan meningkat. Lapisan sensor kemudiannya mengesan perubahan ini dan seterusnya prosessor akan bertindak mengenal pasti koordinat sentuhan (input) dan seterusnya menghasilkan skrin balas (output) yang sepatutnya.

Kebaikan daripada penggunaan skrin rintangan termasuklah kos penghasilan yang murah serta boleh mengenakan sarung tangan ketika menggunakan skrin ini. Selain itu, skrin rintangan lebih tahan lasak dan juga kalis air serta habuk.

Antara keburukan skrin rintangan ialah tidak dapat mengesan sentuhan yang ringan, justeru memerlukan tekanan yang agak kuat daripada pengguna. Selain itu, lapisan atas skrin yang tebal menyebabkan paparan kurang jelas terutamanya di bawah cahaya matahari yang terang selain lapisan atas yang amat mudah untuk tercalar.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.