logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Yang Mana Lebih Jimat Bateri, Wi-fi Atau Data?

Ditulis pada : September 29, 2020

Menerima sambungan wi-fi sememangnya lebih menjimatkan bateri berbanding penggunaan data. 4G pula akan menggunakan lebih banyak bateri berbanding 3G. Teknologi 4G/LTE sebenarnya, berfungsi dengan menyambung ke 3G dan 4G secara serentak. Ini bermakna, peranti anda sebenarnya, perlu bersambung kepada kedua-duanya, dan bekerja lebih keras untk mengekalkan sambungan, seterusnya, menggunakan lebih banyak bateri. Tetapi, kenyataan ini sebenarnya bergantung kepada situasi yang tertentu. Apabila anda mempunyai sambungan dengan isyarat yang lemah, bateri akan lebih cepat habis. 

Tetapi, jika pengguna menggunakan wi-fi, mereka selalunya, berada di tempat tersebut dan tidak ke mana-mana seperti di rumah. Selalunya, sambungan ke data digunakan ketika pengguna sedang bergerak. Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan peranti anda tersambung dari satu menara ke menara yang lain bagi memastikan anda sentiasa tersambung dan menggunakan banyak bateri.

Apabila anda sedang menggunakan data, matikanlah fungsi wi-fi dan juga sebaliknya agar dapat menjimatkan bateri. Apabila anda tidak dapat menyambung sama ada ke wi-fi atau data, lebih baik untuk anda menghidupkan mod penerbangan bagi mengelakkan peranti anda sentiasa tercari-cari isyarat untuk disambungkan yang akan mengakibatkan lebih banyak bateri digunakan.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.