logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Cara Mencegah Kabel Pengecas Telefon Bimbit Daripada Rosak

Ditulis pada : April 9, 2020

Telefon bimbit merupakan peranti yang amat penting dan paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Orang ramai sering kali menitik beratkan penjagaan telefon bimbit seperti menggunakan casing dan pelindung skrin. Namun, tidak dapat disangkal lagi, telefon bimbit tidak dapat digunakan apabila baterinya habis. Dan lebih malang lagi, kabel pengecas telefon bimbit pada hari ini, amat mudah untuk rosak. Walaupun kabel pengecas ganti mudah didapati di mana-mana, pastinya pengalaman tersebut tidak akan sama berbanding menggunakan kabel pengecas yang asal.

Jadi, kenapa kabel pengecas telefon bimbit lebih mudah rosak? Tidak seperti peranti lain, anda sebenarnya lebih banyak menggunakan telefon bimbit berbanding peralatan elektrik yang lainnya. Ini menghasilkan tekanan terhadap kabel pengecas anda. Selain itu, kabel pengecas telefon bimbit lebih kecil dan nipis. Oleh yang demikian, kabel ini lebih mudah untuk rosak. Disebabkan kadar penggunaan yang amat tinggi, anda cenderung untuk mengangkut kabel pengecas ke mana-mana sahaja. Ini juga menyebabkan kabel tersebut cepat rosak.

Seeloknya, langkah-langkah pencegahan perlulah diikuti sebelum berlakunya kerosakan pada kabel pengecas anda. 

Pertama, anda sama sekali tidak boleh mencabut pengecas anda dengan menarik kabel kerana, tekanan yang terhasil boleh menyebabkan kerosakan di bahagian dalam kabel. Sebaliknya, cabut pengecas dengan menarik bahagian kepalanya. 

Selain itu, pastikan pengecas anda sentiasa berada dalam suhu yang ideal. Suhu yang ekstrim seperti terlalu panas atau sejuk boleh merosakkan kabel pengecas anda. Elakkan mengecas peranti di atas karpet dan sekiranya terlampau sejuk, pastikan kabel anda tidak terdedah kepada suhu yang rendah.

Seterusnya, pastikan pengecas peranti anda sentiasa kering dan tidak terkena air. Elakkan mengecas peranti anda di dalam bilik air atau di dapur.

Gunakan alat pelindung arus pusuan, SPD (surge protection device). SPD adalah sejenis perlatan yang dipasang bagi melindungi peralatan elektronik daripada mengalami kerosakan atau terbakar akibat arus pusuan. Arus pusuan boleh terhasil daripada kilat.

AKhir sekali, anda boleh menggunakan pelindung kabel. Pelindung kabel dapat melindungi peranti anda pada bahagian hujungnya daripada rosak akibat lekukan atau tekanan secara paksa.

Image result for pelindung cable

Pelindung kabel (Sumber gambar: Ali Express)

(Sumber rujukan: Interesting Engineering, Electronic Products, theufopiringterbang)

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.