Keadaan dimana apabila smartphone anda cepat kehabisan bateri, ianya menjadikan sesuatu yang mencemaskan.Boleh dikatakan setiap individu mesti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya mengeluarkan tanda amaran yang berwarna merah.
Anda mungkin akan menjadi stress apabila terpaksa cas telefon pintar anda 4 kali sehari ? Dan mungkin anda berfikir akan menukar ke telefon pintar yang baru.Jangan beli smartphone yang baru semata-mata sebab bateri telefon anda cepat habis. Sudah berlaku pembaziran disitu. Apa yang perlu buat sekarang ialah kenal pasti punca mengapa telefon pintar anda cepat habis bateri.
Berikut merupakan 6 sebab mengapa bateri telefon cepat habis atau kong:
1. Cas Telefon Bimbit Sehingga 100% Penuh
Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.
2. Tidak Cas Telefon Bimbit Sehingga Bateri Mati
Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.
3. Overcharging
Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.
4. Gunakan pengecas wireless
Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.
5. Cas Bersama Case Telefon Bimbit
Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.
6. Overheating
Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.
Untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda, anda perlulah melakukan perubahan setting pada telefon pintar anda agar bateri anda tahan lama.Opps bukan bermaksud bateri anda tahan seminggu, tetapi jika sebelum ni anda guna 3 jam sehari, sekarang boleh tahan 4 jam sehari (contoh)
1. Buang Aplikasi Running In Background
Pergi pada setting>application cuba lihat pada bahagian running. Ianya akan muncul aplikasi yang tidak pernah anda guna selama ni .Klik pada aplikasi tersebut dan pilih stop untuk memberhentikannya.
2. Uninstall Program Yang Memakan Ruang RAM Yang Banyak
Tadi kita cuma ‘Stop’ sahaja. Sekiranya kita power off dan on balik, aplikasi tersebut akan berjalan kembali. Jadi lebih baik kita buang serta-merta. Selepas nyah-pasang, tidak perlu lagi pergi ke Setting untuk memberhentikan satu-satu.
Kami mahu berkongsi satu perkara berdasarkan pengalaman kami sendiri, iaitu selepas nyah-pasang aplikasi Facebook, bateri tahan lebih lama! Sebab apa? Cuba kaitkan dengan apa yang kami nyatakan di #TipsPertama
Ya tepat sekali apa yang anda tengah fikirkan. Sebab aplikasi Facebook memakan RAM yang agak besar. Tambah-tambah lagi ia SENTIASA berjalan di belakang tabir (sentiasa bersedia sekiranya ada notifikasi terbaru daripada akaun Facebook anda).
Jadi nasihat kami, sila gunakan pelayar internet di telefon anda sahaja jika mahu melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, etc. Selain menjimatkan bateri, dapat menenangkan fikiran anda daripada notifikasi ‘game request’ kawan-kawan anda. Hehe
3. Turunkan Kecerahan (Brightness) Skrin
Tips ini mungkin kita selalu dengar? Malangnya ramai yang tidak ambil kisah sedangkan ini antara faktor utama menyumbang kepada bateri handphone cepat habis.
Tukar ketetapan kecerahan skrin supaya ia lebih rendah. Lagi rendah lagi bagus dan yang paling afdhal adalah yang paling rendah. Mata kita tidak akan cepat berasa letih jika menghadap gajet dalam jangka masa yang lama. Peratusan untuk rabun juga dapat dikurangkan kepada 50 peratus.
4. Pendekkan Tempoh Masa Skrin Menjadi Gelap (Screen Timeout)
Skrin menyala sepanjang masa <– anda pasti tidak mahukan ini! Bateri memang mengalir macam air jika dibiarkan skrin menyala. Kadang-kala kita memang sengaja letakkan masa panjang untuk skrin jadi gelap (mungkin tengah baca ebook, melayari internet, atau atas sebab-sebab lain).
Tetapi lepas selesai baca ebook tu, sila rajinkan diri untuk ubah balik screen timeout kepada serendah yang mungkin. Jika di telefon pintar Lenovo P780 saya, yang paling rendah adalah 15 saat.
5. Tutup Talian Internet Jika Tidak Digunakan
Tidak kisah samada anda menggunakan Wifi ataupun internet di sim kad, sila tutup sepanjang anda tidak memerlukan khidmatnya. Sekiranya anda dapat mendisplinkan diri melakukan #TipsKelima secara tidak langsung penggunaan kuota bulanan internet anda dapat diminimumkan. Boleh la bajet kuota untuk benda lain yang lebih penting dan utama.
0 Comments