Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang ancaman virus yang seringkali anda tidak tahu sama sekali yang boleh merosakkan sistem atau data peribadi di dalam komputer/laptop anda.

Sejenis virus yang dibuat dengan tujuan untuk mencuri data yang ada di dalam komputer. Penyebaran utama virus trojan ialah mengakses data yang terhubung ke internet, seperti email dan data pribadi yang tidak ada password.

Worm ialah sejenis program yang dapat menggandakan diri. Ia mempunyai kemampuan untuk melipatgandakan diri dengan begitu cepat. Apabila komputer diserang dalam tempoh masa yang cukup lama, ia dapat menyebabkan kerosakkan pada system dalam computer karena data dalam memori dan hardisk tersebut menjadi berat. Serangan utamanya adalah melalui email dan jaringan internet.

Rootkit merupakan virus
komputer yang sangat sukar untuk dihapuskan dan sukar untuk dikesan. Hal ini kerana rootkit berfungsi sama seperti sistem komputer yang beroperasi seperti kebiasaannya. Kebanyakkan anti virus mengalami kesukaran untuk mengesan virus rootkit ini. Ia akan menyembunyikan diri daripada dikesan oleh antivirus dan juga administrator (pengguna).

“Malware” adalah satu perisian berniat jahat dan digunakan sebagai istilah tunggal untuk merujuk kepada virus, ware perisik, cacing dll. Malware direka untuk menyebabkan kerosakan pada komputer yang berdiri sendiri atau komputer berangkaian. Jadi di mana pun istilah malware digunakan, ini bermakna program yang direka untuk merosakkan komputer anda mungkin virus, cacing atau Trojan.

Spyware adalah perisian yang tidak diingini yang menyusup ke peranti pengkomputeran anda, mencuri data penggunaan internet anda dan maklumat sensitif. Spyware diklasifikasikan sebagai sejenis malware – perisian jahat yang direka untuk mendapatkan akses kepada atau merosakkan komputer anda, sering tanpa pengetahuan anda.
0 Comments