logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Kelebihan dan Kekurangan Sistem Operasi Windows 10

Ditulis pada : September 22, 2020
kelebihan windows 10

Segala apa yang berada di atas muka bumi ini memiliki kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Sistem operasi seperti Windows 10 yang terkini diperkenalkan oleh Microsoft pun tidak dapat lari dari hakikat ini.

Windows merupakan sistem operasi komputer paling popular di dunia yang dihasilkan oleh Microsoft. Berdasarkan laporan terkini, angka bilangan pengguna Windows 10 kini sudah mencecah lebih dari 800 juta pengguna.

Hal sebegini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan sistem operasi ini telah pun ‘disogokkan’ oleh Microsoft sejak pengenalannya Julai 2015 yang lalu kepada pengguna-pengguna Windows 7 dan Windows 8.

Oleh kerana ianya kini digunakan oleh lebih dari 800 juta pengguna di seluruh dunia, pastinya ia memiliki ciri-ciri kelebihannya yang tersendiri.

Kelebihan Sistem Operasi Windows 10

1. Waktu boot yang lebih singkat

Waktu yang diambil untuk menghidupkan komputer Windows 10 adalah lebih pantas berbanding sistem operasi Windows versi yang terdahulu sungguhpun menggunakan pemacu tradisional. Cara Windows 10 memuatkan sistem-sistemnya jauh lebih cekap dan melalui penggunaan pemacu keadaan pepejal (solid state drive), anda tidak lagi perlu menunggu lama untuk mula menggunakan komputer anda.

2. Interface yang terbaru.

Interface Windows 10 secara ringkasnya adalah antara Windows 7 dan Windows 8. Ia menggabungkan ciri rekaan moden pada Windows 8 dengan paparan mesra pengguna Windows 7. Seterusnya mempermudahkan proses transisi pengguna-pengguna dari Windows 7 atau Windows 8.

3. Ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan

Kekerapan menerima kemaskini serta Windows Defender yang kini telah dipertingkatkan mutunya menjadikan pertahanan Windows 10 adalah antara yang terampuh dikalangan sistem operasi. Hal ini jauh berbeza ketika era Windows XP yang mana pengguna kerap kali dilaporkan mengalami pelbagai ancaman-ancaman siber.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.