logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Kenapa Laptop Tidak Boleh On?

Ditulis pada : May 5, 2020

Pada era teknologi yang semakin canggih ini, pelbagai maklumat dan ilmu dapat diakses melalui hujung jari. Salah satu peranti yang semakin canggih ialah laptop. Pelbagai kegunaan laptop seperti bermain permainan video, menonton video dan pelbagai lagi. Namun begitu, suatu hari tiba tiba laptop anda tidak boleh di on. Apakah puncanya? Terdapat beberapa faktor dan sebab laptop anda tidak boleh di on. Antaranya adalah :

1. Soket Plug Tidak Berfungsi

Image result for plug socket

Pertama sekali sila periksa soket yang digunakan. Anda boleh menggunakan Test Pen untuk mengujinya. Jika anda tidak mahir, anda perlu mencari juruteknik untuk pengujian.

2. Power Chord Charger Rosak

power chord rosak punca laptop tak hidup

Power chord charger perlu dijaga sebaiknya. Elakkan menggulungnya secara membabi buta . Cara mengenalpasti power chord anda rosak atau tidak ialah :

  • Gunakan power chord anda pada laptop yang lain .
  • Gunakan power chord yang lain pada laptop anda .

3. Adapter Rosak

adapter laptop rosak punca laptop tak hidup

Adapter yang rosak mengakibatkan bateri laptop anda tidak dapat dicaj dan laptop anda tidak dapat dihidupkan. Adapter juga harus disimpan dan digulung dengan baik. Setiap adapter pada masa kini mempunyai satu lampu yang dipanggil LED yang berwarna merah, hijau atau kuning bergantung kepada pengeluar. Jika adapter anda berfungsi dengan baik, adapter anda akan berfungsi dengan baik .

4. DC Jack (Charging Input)

DC jack merupakan lubang atau dipanggil charging port untuk menyambung charger anda kepada laptop anda. Kerosakkan DC jack boleh berlaku jika pengguna memasukkan charger secara agresif dan kasar.

5. Power Button

Image result for power button laptop

Power button juga menjadi antara punca laptop anda tidak boleh dihidupkan. Ianya akan rosak jika power button anda ditekan dengan kasar dan ganas. Penggantian power button haruslah dilakukan oleh yang pakar kerana power button adalah komponen yang berada di dalam laptop .

6. BIOS

Cip BIOS berfungsi sebagai penyimpanan data yang diprogram. Jika ianya rosak, cip ini akan diangkat dan diprogramkan semula oleh pakar. Kerja-kerja ini memerlukan fokus yang tinggi dan teliti agar tiada komponen lain yang akan rosak.

7. Processor

Image result for processor laptop

Kerosakan pada processor boleh mengakibatkan laptop anda tidak dapat dihidupkan langsung. Ada sesetengah processor boleh dicabut dan ada juga processor yang dicantumkan pada papan induk terus. Kos untuk membaikpulih boleh dikatakan agak tinggi .

8. Papan Induk

Image result for motherboard laptop

Papan induk yang rosak juga akan menyebabkan laptop anda tidak boleh dihidupkan langsung. Kebanyakkan papan induk yang rosak adalah diakibatkan oleh kerosakan disebabkan oleh air. Disebabkan itulah pengguna tidak digalakkan meletakkan minuman disebelah laptop. Kos untuk membaiki papan induk juga amat tinggi .

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi MRFIX Bangi atau datang ke kedai kami untuk khidmat nasihat.

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Waze – Tekan di sini

Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.