logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Memanfaatkan Teknologi Untuk Mempertingkatkan Produktiviti

Ditulis pada : March 12, 2020

Kepesatan teknologi pada masa kini amatlah memainkan peranan dalam meningkatkan produktiviti kita seharian. Teknologi kini bukan sahaja digunakan untuk mencari maklumat, ia juga digunakan untuk proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah. Kini, tugasan menjadi mudah dengan kepesatan teknologi.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah meresap ke dalam masyarakat kita hingakan kita bagaikan tidak dapat hidup tanpa teknologi. Sebagai contoh, dengan ketiadaan telefon pintar, kita bagaikan cemas seakan-akan ketiadaan sesuatu yang paling berharga.

Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar, mendengar lagu, menonton dan mendengar lagu atau strim secara langsung secara atas talian, dan juga kebanyakkan daripada kita menggunakan akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram. Hal ini membuktikan bahawa kepesatan teknologi kini menjadi perkara yang penting dalam kehidupan kita seharian. Industri ICT kini berkembang pesat di seluruh dunia.

Jika kita menggunakan telefon pintar kearah yang positif, hasilnya kita akan dapat hasil yang positif juga. Berikut saya akan kongsikan serba sedikit bagaimana kepesatan teknologi maklumat ini dapat memudahkan kehidupan kita seharian.

Itu semua bergantung pada diri sendiri dalam menentukan penggunaan aplikasi mudah alih yang ada pada masa kini dengan sebaiknya untuk menjadi lebih produktif.

1) Pengurusan Masa yang lebih efisyen

Pengurusan masa dengan penggunaan telefon pintar adalah sangat penting bagi memastikan produktiviti kerja anda. Bagi mengelakkan penggunaan yang lama, anda boleh tetapkan masa untuk penggunaan media sosial, permainan, dan aplikasi lain.

Anda juga boleh menyesuaikannya untuk mod yang berbeza seperti waktu kerja, waktu keluarga, dan waktu sendiri untuk memastikan anda mempunyai akses kepada perkara yang anda perlukan, tetapi tidak terganggu oleh perkara yang anda tidak perlukan.

2) Masa Lapang Dimanfaatkan

Penggunaan telefon pintar juga dapat mengisi masa lapang anda dengan lebih bermanfaat jika ia digunakan dengan betul. Ia boleh digunakan untuk membaca, menulis, mendengar, belajar bahasa, serta berbelanja melalui satu peranti.

3) Gunakan Aplikasi Yang Produktif

Telefon pintar kini seperti komputer mini yang mempunyai keupayaan untuk menjadi produktif di hujung jari. Dengan adanya peranti berkuasa ini, ia membolehkan anda menjadi mudah alih dan produktif pada masa yang sama. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pekerjaan freelance juga berkembang dengan meluas disebabkan kebolehan ini.

4) Menambahkan Pendapatan

Bukan sahaja boleh digunakan sebagai mencari maklumat dan berhubung malah aplikasi mudah alih juga boleh memudahkan kita untuk menjana pendapatan secara sepenuh dan separuh masa.

Segalanya hanya dihujung jari apabila kita boleh mengiklankan segala barangan yang ingin dijual menerusi media sosial.

Akhirnya, semua berbalik kepada kita sendiri, jika kita menggunakannya secara positif, kita akan dapat manfaat daripadanya. Kepesatan teknologi amat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti kehidupan kita seharian.

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan masalah terhadap alat gadget anda seperti laptop dan telefon pintar, anda boleh terus menghubungi kami di nombor 018-9886531,

Anda juga boleh terus ke lokasi kami di MRFIX Bandar Baru Bangi, Seksyen 7.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.