Umum mengetahui bahawa perubahan kepada kepemimpinan kearah struktur kerajaan baharu. Perdana Menteri Malaysia Ke 8 iaitu YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, baru sahaja mengumumkan barisan kabinet terkini.
Seangkatan dengan malaysia kearah teknologi baharu, Malaysia turut menerima 2 orang menteri baharu yang dibawah pemilihan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin.
Untuk kementerian Teknologi, YB Datuk Seri Seri Saifuddin bin Abdullah dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia. Selain itu juga, beliau akan dibantu oleh YB Datuk Zainal Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu, YB Khairy Jamaluddin pula dilantik untuk menjadi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau akan turut dibantu oleh Timbalannya, iaitu YB Haji Ahmad Amzad Hashim.

Diharapkan agar Menteri di bawah Komunikasi dan Multimedia yang baharu ini akan dapat menjalankan tugas yang lebih tulus, cekap, dan berkesan. Selain itu juga, diharapkan agar lepas ini, lebih banyak lagi perancangan berkenaan teknologi terutamanya rangkaian 5G di masa akan datang. Semoga Allah jualah yang mempermudahkan urusan kita semua.
0 Comments