logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Pengurusan e-sisa di Malaysia

Ditulis pada : June 26, 2020

Sejak tahun 1940-an Malaysia mula mempunyai e-sisa. Mengikut sebuah kajian oleh jurnal Geografi, masyarakat cenderung melupuskan e-sisa bersama-sama dengan sisa pepejal lain. Daripada julah e-sisa tersebut, 28% televisyen, 13% komputer, 15% komputer riba, 27% telefon bimbit, 25% mesin basuh dan 15% lagi ialah penyaman udara. Evolusi elektronik yang amat pantas menyebabkan sisa elektronik meningkat apabila manusia sehabis baik menaik taraf perlatan elektronik yang digunakan sehari-hari agar tidak ketinggalan dari segi teknologi terbaru.

Pelupusan e-sisa sering kali dipandang ringan oleh masyarakat tanpa mengetahui kesan buruk yang akan timbul akibat perbuatan mereka ini. E-sisa mengandungi pelbagai jenis logam berat dan amat berbahaya kepada kesihatan manusia serta kesejahteraan alam sekitar. Pada tahun 2014, sebanyak 42 bilion kg e-sisa dilupuskan di seluruh dunia di mana, daripada jumlah tersebut, terdapat 16.5 juta kg besi, 1.9 juta kg tembaga dan 300,000 kg emas. Logam-logam berbahaya ini, apabila dilupuskan dengan cara yang salah boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.

Secara amnya, rakyat Malaysia boleh melupuskan e-sisa mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Buangan Terjadual) 2005 di mana, e-sisa tidak boleh dilupus bersama-sama sisa pepejal harian. Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar, orang ramai boleh menghatar e-sisa ke pusat koleksi e-sisa yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Alam Flora Sdn. Bhd. atau SWM Environment Sdn. Bhd. yang terdapat di beberapa negeri termasuklah Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Sebanyak mana peralatan elektronik baharu dihasilkan saban tahun, sebanyak itulah, e-sisa dihasilkan. Malang sekali apabila rakyat Malaysia kebanyakannya kurang kesedaran mengenai pengurusan e-sisa yang betul. Selain itu, penguatkuasaan dan perundangan di Malaysia juga agak sama-samar. Dalam kata lainnya, pengurusan e-sisa yang betul dan selamat, memerlukan kesedaran daripada rakyat sendiri agar dapat mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar.

Rujukan: Jabatan Alam Sekitar, Astro Awani, Berita Harian, Majalah Sains

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.