logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Perbezaan Diantara 4G Dan LTE

Ditulis pada : October 15, 2020

Apa itu 4G?

ITU-R telah menetapkan piawaian sambungan 4G pada bulan Mac 2008. Bagi kegunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, kelajuan sambungan yang perlu dipatuhi sekurang-kurangnya 100 MB/s dan untuk stesen pemancar pula perlu sekurang-kurangnya 1GB/s.

Sewaktu piawaian ini diumumkan, ramai yang tidak menyangka ianya boleh dicapai memandangkan kelajuan berkenaan pada kebiasannya digunakan oleh para pembangun teknologi. Namun, lama-kelamaan pembangunan teknologi sambungan mudah alih telah pun ada yang mampu mencapai apa yang telah ditetapkan oleh ITU-R sebagai 4G.

Apa itu LTE?

LTE membawa maksud “Long Term Evolution” . Ia tidak ditakrifkan sebagai teknologi kerana dan ia lebih merujuk kepada usaha ke arah 4G. Oleh itu, apabila telefon pintar anda memaparkan simbol 4G pada sambungannya, ia tidak semestinya mampu mencapai kelajuan yang telah ditetapkan oleh ITU-R.

Hal ini kerana pada peringkat awal pembangunan rangkaian 4G, tahap minima kelajuan 4G sebenar yang ditetapkan oleh ITU-R adalah sukar untuk dicapai. Sungguhpun syarikat-syarikat teknologi membuat pelaburan yang besar untuk membangunkan teknologi sambungan berkenaan.

Untuk itu, badan piawaian berkenaan telah bersetuju untuk membenarkan LTE dilabelkan sebagai 4G. Asalkan kelajuan yang ditawarkan jauh lebih baik dari sambungan 3G.

Oleh sebab itu, penyedia-penyedia rangkaian mula memasarkan rangkaian mereka sebagai 4G LTE tanpa perlu mematuhi syarat minima untuk mencapai tahap 4G yang sebenar.

Kebanyakan teknologi 4G “generasi pertama” ini seperti Mobile WiMAX dan HSPA+ tidak memenuhi spesifikasi 4G sepenuhnya. Tambah mengelirukan lagi, pada Oktober 2010, ITU-R telah menyiapkan penilaian enam calon yang dibenarkan untuk menggunakan terma ini bagi menepati keperluan lengkap piawaian 4G yang telah dirancangkan. terma LTE-A (Long Term Evolution Advanced) turut digunakan oleh sesetengah penyedia rangkaian untuk menyatakan tahap teknologi yang ditawarkan mereka kini semakin hampir mencapai tahap kelajuan 4G sebenar. Bezanya dari LTE biasa adalah, ianya lebih pantas dan lebih stabil.

Kelajuan

Jadi soalnya, adakah kita dapat merasai perbezaan kelajuan diantara 4G dan LTE? Mungkin tidak ada perbezaan diantara kedua-duanya melainkan anda tinggal di bandar-bandar utama yang mempunyai penduduk berkepadatan tinggi seperti Kuala Lumpur, Tanjung, Johor Bahru dan sebagainya.

Kelajuan LTE-A yang ditawarkan oleh teknologi rangkaian setakat ini merupakan sambungan rangkaian tanpa wayar terpantas yang boleh digunakan oleh orang ramai. Bagaimanapun, menjelang kehadiran teknologi 5G yang diwar-warkan bakal dilancarkan kepada pengguna umum pada tahun ini, keadaan landskap teknologi perhubungan mudah alih di serata dunia termasuk di Malaysia bakal berubah tidak berapa lama lagi.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.