Pada kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang mengapakah laptop menjadi perlahan? Pertama sekali Laptop kita menjadi perlahan adalah disebabkan oleh pelbagai software atau application yang dibuka dalam satu masa. Sebelum kami menceritakan dengan lebih lanjut, kami akan kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan Punca laptop menjadi perlahan.
Jadi yang menjadi tanda tanya. Apa puncanya?
Terlalu banyak start-up software
Okay start-up software ni apa? Dia adalah software yang akan run setiap kali komputer kita on. Biasanya Antivirus, Steam, akan run selepas sampai je ke desktop.
Jadi apa yang boleh dibuat? Disablekan software tu, dan run bila nak guna je. Lebih baik, dan tak memakan memory atau RAM. Dan kalau ada banyak antivirus tu boleh juga buang yang mana yang tak pakai.
Terlalu banyak buka software
Okay yang ni untuk yang dah siap load, tapi tengah guna, dia slow. Biasanya kalau komputer kita spec rendah, dan kita buka tab Chrome yang banyak, dan juga ada buka Microsoft Word, ia boleh menjadikan komputer kita lagi slow. Ataupun spec anda sudah cukup, tapi jumlah RAM anda rendah, anda perlu menambahkan RAM, supaya anda boleh multi-tasking dengan lebih lagi.
Virus
Yang ni agak common, untuk lawan virus, sudah semestinya kita perlukan antivirus. Yang ini terpulang kepada anda. Kami sarankan pakai Windows Defender dengan SMADAV je hehe.
0 Comments