logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Android Smartphone : Kenapa Perlu Root dan Apa Kelebihannya?

Ditulis pada : October 3, 2020

Jika dilihat harini jumlah pengguna smartphone android semakin lama semakin ramai dan menurut Amanz.my melalui artikel mereka mengenai kajian yang dilakukan , sistem operasi Android dan juga Symbian lebih popular di Malaysia berbanding iOS dan Blackberry.Walaupun ramai namun tak ramai yang betul-betul tahu mengenai kemampuan sebenar android dan apa yang boleh dilakukan dengan sistem operasi tersebut.Perkara pertama yang wajib kesemua pengguna android lakukan terhadap smartphone mereka selepas beli ialah root smartphone tersebut.

ROOT? BINATANG APAKAH? :-Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.KENAPA SI PENGELUAR KUNCI SYSTEM TERSEBUT?Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

recovery – software yang diinstall selepas root 

KELEBIHAN ROOT SMARTPHONE ANDROID :-

Phone Lebih Laju Dan Smooth

Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju – ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

Buang Aplikasi Yang Tidak Diguna

Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM – Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri. 

Install Aplikasi Khas Serta Backup & Restore

Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup. – Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.

Tukar Interface, Theme

Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. – Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi. xperia x8 yang telah di upgrade kepada android 2.3.7 Gingerbread dari 2.1 Eclair melalui proses root dan xrecovery.Kini smartphone yang berada dalam kelas “low-end device” ini dah pun boleh di upgrade ke android 4.1 Jelly Bean dengan performance yang mantap dan lebih baik.

KesimpulanRoot memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan. 

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.