logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Risiko Main Game Semasa Cas Phone

Ditulis pada : September 26, 2020
risiko main phone semasa charge

Terlalu banyak kemalangan yang terjadi ketika mengecas telefon bimbit lebih-lebih lagi ketika sedang tidur.

Walaupun sudah banyak kes yang dilaporkan dari luar negara dan juga dalam negara, namun masyarakat masih tidak cakna dengan keadaan ini.

Kes terbaharu terjadi di Chonburi, Thailand, seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik daripada tefon bimbit yang sedang dicas.

Pengecas Murah Punca Berlakunya Kemalangan

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah kejutan elektrik yang berpunca dari telefon bimbit mampu membunuh? Sumber daripada laman iluminasi.com, terdapat pakar mengatakan bahawa kemungkinan seseorang itu untuk terkena kejutan elektrik dari telefon bimbit ketika sedang dicas sangat rendah.

Antara sebab utamanya adalah telefon yang dicas menggunakan wayar USB mempunyai bekalan voltan lebih kurang lima voltan sahaja yang mana tidak cukup untuk membahayakan manusia.

Pengarah Komunikasi Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat juga menyatakan kemalangan yang berkaitan dengan kejutan elektrik dari telefon bimbit sangat kurang.

Namun, risiko untuk terkena kejutan elektrik meningkat apabila seseorang mengecas telefon menggunakan pengecas yang tidak bermutu atau tidak sepadan. Hal ini kerana sesetengah pengecas tiruan tidak mempunyai penebat yang betul dan berpotensi mendedahkan penggunaan kepada telefon yang terlalu panas, kebakaran atau kejutan elektrik.

sumber: mstar

Sumber daripada mstar pula, seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hampir kehilangan nyawa apabila bilik sewanya terbakar dan dipenuhi asap. Kejadian tersebut dipercayai adalah disebabkan dia menggunakan pengecas telefon bimbit yang murah berharga lima ringgit.

Elak Mengecas Telefon Ketika Tidur

Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika menggunakan telefon ketika sedang mengecas tidak mengapa asalkan pengecas yang digunakan itu asli dan memenuhi spesifikasi pengecasan.

Perbuatan mengecas telefon pintar ketika sedang tidur bukanlah sesuatu yang asing, namun ramai yang tidak menyedari tindakan itu sebenarnya membahayakan nyawa.

Walaupun begitu, beringat dahulu sebelum terkena. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, lebih baik mematikan telefon bimbit ketika hendak tidur dan mengecas hanya pada waktu siang sahaja.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.