logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Tip cable phone yang patut anda tahu!

Ditulis pada : September 12, 2020
jenis usb port telefon

Kenapa kena beli cable yang berkualiti berbanding beli yang murah dekat kedai gajet ataupun tempat lain. Penggunaan cable adalah berkait dengan power transmission yang mana, perkara ini sangat penting untuk memastikan smartphone anda tidak cepat rosak dan boleh guna lama.

3 Jenis USB Cable Yang Biasa Di Gunakan Untuk Model Smartphone Terkini

  • Micro USB : Biasa di gunakan untuk smartphone jenis Android dari spesifikasi pertengahan sehingga yang model biasa Android.
  • Type-C : Kebanyakan smartphone model baharu yang di perkenalkan menggunakan sambungan USB-C atau panggilan lain , USB Type C . Ia berbentuk lebih panjang dan lonjong berbanding dengan USB Micro USB ( Perbezaan dalam gambarajah di bawah) .
  • Lightning 8 Pin – Ini adalah USB Cable khas untuk peranti Apple sahaja seperti iPhone dan iPad . Ia berbentuk lebih kecil berbanding kabel Micro USB dan USB C .

Kenalpasti Kadar Arus Yang Sesuai Untuk Smartphone Anda

Arus yang mampu di terima untuk mengecas bateri anda tidak sama antara satu model ke satu model smartphone yang lain. Ada model yang menggunakan pengecasan biasa, ada yang menggunakan pengecasan pantas. Jadi, kadar output dari segi voltan serta arus adalah tidak sama.

Jadi, memilih USB Cable yang betul adalah juga sangat penting . jikan anda tersalah beli, maka ia akan memberi kesan sampingan proses pengecasan pantas anda.

Pastikan Ada Jaminan Pengilang

Jika nak beli USB Cable yang tahan lama, serta performance yang terbaik, anda wajib pastikan yang USB Cable tersebut datang sekali dengan jaminan dari pihak pengeluar / penjual.

Lagi lama jaminan yang berani di beri oleh pengeluar, semakin bagus dari segi kualiti USB Cable tersebut. Mereka akan menggunakan wayar serta penebat yang bahan terbaik supaya ia boleh mengecas bateri smartphone anda dengan lebih stabil dari segi aliran voltan dan arus nya.

Jadi inilah 3 tips utama untuk memilih USB cable yang betul untuk kegunaan seharian anda. Pastikan betul sambungan USB anda.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.