logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Tips Penjagaan Bateri Smartphone

Ditulis pada : March 8, 2020

Bateri merupakan komponen terpenting untuk menjaga ketahanan sesebuah peranti telefon pintar. Kami akan kongsikan beberapa tips penjagaan bateri telefon pintar yang boleh anda ikuti dalam menjaga bateri telefon pintar anda.

1.Elakkan penggunaan wallpaper yang terang.

Foto berkenaan mengurangkan tahap kecerahan.

Penggunaan wallpaper yang terang akan menyebabkan bateri anda cepat menurun, selain itu juga, anda digalakkan untuk menurunkan tahap kecerahan di telefon pintar anda dalam 30-40 peratus. Pada kecerahan seperti yang disebut tadi sudah memadai untuk anda melihat maklumat pada display telefon pintar anda. Penggunaan auto-brightness juga adalah digalakkan bagi penggunaan telefon pintar secara outdoor.

2. Jangan gunakan adapter charger yang murah.

Foto berkenaan adapter.

lambakan adapter yang murah yang senang untuk didapatkan di pasaran, elakkan membeli adapter yang murah. Hal ini kerana, adapter yang murah atau tidak mempunyai sertifikasi yang sah, ditakuti output daripada adapter tersebut tidak stabil dan akan memberikan kesan sampingan pada bateri smartfhone anda. Jalan penyelesainnya adalah dengan membeli pengecas adapter yang berkualiti dan dijamin selamat agar bateri dan telefon pintar kita boleh digunakan dengan lama.

3.Elakkan membuat pengecasan di dalam kereta.

Foto berkenaan membuat pengecasan di dalam kereta.

tips yang ke tiga ini lebih kurang sama seperti tips nombor dua. Anda tidak disarankan untuk mengecas telefon pintar di dalam kereta, hal ini kerana, dengan pengecasan di dalam kereta secara kerap, tambahan pula, output yang cas masuk kedalam telefon pintar anda tidak stabil. Hal ini juga disebabkan oleh kelajuan yang dihasilkan oleh kereta tidak stabil, voltage dengan current tidak stabil, kesannya output yang masuk kedalam telefon pintar juga tidak stabil.

4.Pengecasan yang secara kerap.

Foto bekenaan cara pengecasan yang betul.

Bateri lithium ion yang terbaharu kini sudah dilengkapi sensors untuk mengesan overcharged atau overheat, serta akan cut-off secara automatik jika anda overcharged. Walaupun begitu, bateri anda tidak digalakkan untuk sentiasa penuh, bateri telefon hendaklah bekerja secara sendiri, nasihat kami, anda digalakkan untuk membuat pengecasan terhadap bateri anda dalam kadar 40-80 peratus untuk memanjangkan lagi jangka hayat bateri anda.

Jika anda mengalami sebarang pertanyaan berkaitan masalah telefon pintar anda, anda boleh hubungi kami di nombor 0189886531.

Anda juga boleh terus ke lokasi kami;

No.50,Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi
Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok Tengah)
Operation Hours : 10am-9pm

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.