Siri OnePlus 8 dilaporkan mungkin akan mempunyai sokongan kalis air dan habuk IP68. Sebelum ini, telefon pintar OnePlus tidak menawarkan penarafan IP kerana ia akan meningkatkan kos keseluruhan bagi telefon pintar dan mendakwa peranti tersebut menyokong kalis air dalam beberapa darjah.

Walaupun syarikat itu dengan jelas melihat tiada keperluan untuk menyokong penarafan IP dalam telefon pintar keluarannya, namun ia adalah sesuatu yang bernilai bagi meningkatkan ciri-ciri telefon pintar dan menjadikannya lebih baik untuk bersaing dengan telefon pintar flagship jenama lain.
Terdahulu, OnePlus dikatakan mempunyai saiz 6.5 inci dari jenis Super AMOLED dan kadar penyegaran 120 ghz.
0 Comments