Penggunaan Laptop haruslah dijaga dengan rapi secara berjadual, pengguna laptop haruslah menjaga laptop mereka supaya ketahanan laptop dijaga dengan baik. Untuk menambah tempoh ketahanan laptop anda, dari semasa ke semasa. pengguna laptop harus tahu tentang tips penjagaan laptop. Mari kita kongsikan berkenaan tips penjagaan laptop.
Antara tips penjagaan laptop yang boleh kita aplikasikan agar laptop kita dapat bertahan lama adalah seperti berikut;
1.Kebersihan Laptop
Kebersihan yang dimaksudkan disini adalah dari pelbagai aspek terutamanya aspek penggunaan serta penyimpanannya. Dinasihatkan agar mengelakkan penggunaan laptop semasa makan dan minum. Menggunakan laptop di tempat yang bersih akan menyebabkan laptop anda kekal bersih.
2.Monitor lcd

Monitor lcd merupakan komponen yang paling sensitif bagi sesebuah laptop. Penjagaan monitor lcd haruslah dijaga dengan lebih cermat. Sebagai contoh, apabila kita ingin menutup skrin laptop, haruslah diingat dengan menutup skrin laptop dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Selain itu, kita haruslah memastikan agar tiada sebarang benda tajam seperti pen dari papan kekunci laptop. Hal ini kerana, terdapat banyak kes yang berpunca dari terdapat benda tajam di keyboard laptop, apabila ingin menutup skrin, ia akan menyebabkan skrin laptop tercalar dan rosak.
3. Papan kekunci

Papan kekunci harusla dijaga dengan baik, kerana tanpa papan kekunci, segala kerja kita akan tergendala. Harus diingat agar laptop kita selamat daripada terkena titisan air atau tertumpah air di papan kekunci. Kesannya, papan kekunci kita akan rosak akibat daripada air yang tertumpah di papan kekunci kita tadi.
4. Bateri

Penggunaan bateri merupakan hal yang terpenting dalam memastikan penjagaan laptop kita didalam keadaan yang baik. Kita haruslah memastikan penggunaan pengecas yang original atau menggunakan pengecas yang telah dibekalkan sewaktu kita membeli laptop kita tersebut. Tambahan pula, untuk generasi laptop yang terkini, iaitu non-removable laptop. kita haruslah menggunakan cooling pads atau cooling stands untuk mengekalkan suhu bateri di suhu yang normal. Hal ini kerana, suhu yang tinggi akan memendekkan jangka hayat bateri anda.
5. Perisian

Perisian yang dimaksudkan adalah dengan memasang perisian antivirus untuk mengelakkan dari terkena serangan virus komputer. Tambahan pula, dengan membuat pengimbasan terhadap perisian yang dimuat-turun dengan antivirus sebelum memasang ke dalam laptop anda. Selain itu, perisian asas windows hendaklah sentiasa dikemaskini.
6. Servis

Servis yang dimaksudkan adalah dengan membuat servis terhadap laptop anda dengan sekerap yang mungkin. Bagi yang mahir, membuat servis kipas laptop anda sekerap 6 bulan sekali adalah digalakkan. Membuat format keatas sistem operasi laptop anda sekerap 2 hingga tiga tahun sekali. Kesannya, prestasi laptop anda akan kembali pantas seolah-olah laptop anda baru sahaja dibeli.
Jika anda mengalami masalah atau ingin bertanya mengenai masalh kerosakan laptop anda, anda boleh melawat alamat facebook kami https://www.facebook.com/MrfixBangi/. Atau anda boleh terus hubungi nombor telefon – 018-988-6531
MRFIX Bandar Baru Bangi
No.50,Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok Tengah)
Operation Hours : 10am-9pm
0 Comments