logo

No.50,Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi

Isnin - ahad
10am - 10pm

WhatsApp

+6018-9886531

Apa yang anda perlu fahami dengan GPS?

Ditulis pada : April 20, 2020
bagaimana gps berfungsi

Merungkai Persoalan Mengenai GPS

Bagaimanakah GPS Berfungsi?

GPS atau Global Positioning System merupakan salah satu teknologi yang paling banyak digunakan pada hari ini. GPS merupakan sebuah sistem yang secara umumnya terdiri daripada tiga komponen iaitu stesen bumi, satelit dan pengesan isyarat (receiver). Stesen bumi berfungsi untuk mengesan dan memberi maklumat tentang kedudukan satelit dengan tepat menggunakan radar. 

GPS terdiri daripada stesen bumi, satelit dan pengesan isyarat (Sumber gambar: Nasa Space Place)

GPS memanfaatkan lebih 30 satelit yang mengorbit bumi pada altitud 20,000 km. Tidak kira di mana anda berada di atas muka bumi ini, anda sebenarnya berada dalam liputan tiga atau empat satelit GPS. Satelit berperanan memancarkan isyarat dalam bentuk gelombang radio secara berterusan. Isyarat ini dapat dikesan oleh pengesan isyarat peranti pintar anda. Pengesan isyarat ini kemudiannya mengira jarak antaranya dengan satelit-satelit tersebut menghasilkan maklumat tentang lokasi anda di atas muka bumi ini.

gps image

Sekurang-kurangnya tiga satelit berada dalam berhampiran anda di angkasa (Sumber gambar: Tech Crunch)

Tiga satelit dapat mengesan lokasi menggunakan kaedah titik persilangan (Sumber gambar: physics.org)

Adakah GPS Memerlukan Sambungan Internet?

GPS secara umumnya tidak memerlukan sambungan Internet untuk berfungsi kerana ia hanya berfungsi menerima isyarat daripada satelit. Peranti yang mempunyai antenna yang bersaiz besar dapat menerima isyarat ini dengan mudah. Namun begitu, peranti masa kini semakin kecil saiznya menyebabkan kebolehannya menerima isyarat daripada GPS semakin berkurangan. 

Walaupun sebenarnya GPS tidak memerlukan sambungan Internet, pembekal OS seperti Apple atau Google bertindak untuk membekalkan maklumat geolokasi hanya apabila anda mempunyai sambungan Internet. Anda boleh cuba menggunakan aplikasi seperti Google Maps tanpa menggunakan Internet sambil menghidupkan GPS. Lokasi anda masih dapat dikesan,namun begitu, maklumat berkenaan peta dan kawasan sekitar tidak dapat dimuatkan tanpa menggunakan Internet.

Selain penggunaan GPS, sambungan ke pencawang telefon terdekat, Wi-Fi dan Bluetooth juga memberi maklumat mengenai lokasi anda dengan lebih pantas. Selain GPS, terdapat juga A-GPS (Assisted GPS) yang memenfaatkan sumber-sumber ini dalam memberi maklumat berkaitan lokasi anda. Maklumat-maklumat ini membantu GPS mengesan dan mengunci lokasi anda dengan lebih cepat dan tepat berbanding penggunaan GPS semata-mata. 

Oleh yang demikian, sambungan Internet, walaupun tidak diperlukan, tetapi dapat memberikan lokasi yang lebih tepat serta lebih pantas kepada penggunanya.

Ditulis oleh Farah

Kepakaran kami di MrFix adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 018-9886531 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.