15 Tips dan Cara Penjagaan Bateri iPhone Supaya Tidak Rosak ! | Hi korang semua. Mesti korang dah tak sabar nak tahu macam mana cara kita menjaga bateri iPhone kita kan ? saya pun sekarang ni memang sedang berjinak-jinak untuk menjaga bateri iPhone saya ni. Banyak sangat cara yang perlu kita buat supaya bateri iPhone kita tak rosak dan tahan lama. saya pernah ada pengalaman guna iPhone 4, iPhone 5 dan juga iPhone 6s. Pernah dulu masa guna iPhone 5, sampai bateri skrin telefon terkeluar sebab tak pandai lagi nak jaga bateri tu. Bateri tu sampai jadi kembung la, dan menolak keluar terus skrin tu! HAHA … So, untuk iPhone 6s tu, saya dah pandai la jaga siket-siket kan… Alhamdulillah. Ok sampai sekarang !
Korang pun, mesti nak jaga juga bateri iPhone korang tu kan? Tambah-tambah yang baru beli iPhone tu. Bateri yang mudah rosak terlalu biasa berlaku bagi pengguna telefon bimbit. Tapi, mengapa ianya berlaku ? Ok ! Jom kita tengok apa yang perlu kita buat 🙂
1. Cas pertama kali, mesti FULL !
Korang perlu tahu ni ! Pengecasan pertama bateri selama 8 jam adalah konsep yang tidak benar buat masa kini. Yang itu adalah diperlukan untuk handphone model lama yang menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd. Untuk bateri jenis Lithium (kebanyakan handphone sekarang guna bateri jenis ini), tempoh pengecasan pertama selama 3 jam sudah mencukupi. Paling lama pun 4 jam. Dan sepatutnya, jika pertama kali menggunakan handphone baru, korang kena guna sehingga habis bateri, kemudian barulah cas selama 3-4 jam.
2. Jangan cas telefon semalaman !
Korang kena ingat yer. Kalau nak jaga bateri iPhone korang tu, jangan sesekali korang cas iPhone korang tu semalaman. Ini boleh menyebabkan bateri telefon menjadi overheat dan kepanasan. Ia juga akan mengakibatkan bateri menjadi kembung. Tapi, benda ni lah yang selalu kita buatkan ? So, sekarang dah tahu.. Sila cuba elakkan 🙂
3. Cas iPhone secara penuh !
Korang boleh cuba untuk caj telefon pintar iPhone korang tu secara penuh iaitu dari (0% – 100%), sekurang-kurangnya, 1 kali setiap bulan.
4. Elakkan guna powerbank !
Kalau boleh, cuba korang elakkan dari menggunakan powerbank untuk mengecas telefon. Jangan gunakan ‘powerbank’ terlalu kerap tapi, gunakan ia hanya ketika kecemasan sahaja.
5. Mula mengecas ketika bateri tidak bawah 20%
Korang perlu cas iPhone korang ketika peratusan bateri tidak kurang dari 20% – 90%. Jangan nak tunggu sehingga telefon dah habis bateri, baru nak caj. Pengecasan penuh (0%-100%) hanya digalakkan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
6. Elakkan pengecasan dalam suhu >35 Celcius
Cuba elakkan dari mengecas telefon di dalam persekitaran suhu >35 Celcius.
7. Jangan sesekali terlebih tempoh caj bateri
Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering kita praktikkan. Terkadang kita malas atau terlupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh. Paling dasyat, kita biasanya paling suka cas telefon ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasa dalam 2-4 jam sahaja. Bila kita membiarkannya semalam dalam keadaan cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2-3 jam dan ini bukanlah dikira baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepatkan kematian umur bateri.
8. Jangan letak telefon di tempat yang panas
Suhu udara yang panas adalah musuh utaman setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuklah bateri. Tertinggal di dalam kereta dalam cuaca panas terik, maknanya korang kena bersedia untuk beli bateri phone baru.
9. Gunakan ‘charger’ yang ORI !
Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri iPhone kita. Charger orang lain, atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.
10. Elakkan cas phone dalam kereta !
Ketika cas phone dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta sangatlah tidak stabil, terutamanya ketika kenderaan sedang bergerak dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka, apabila korang selalu caj telefon dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.
11. ‘OFF’ handphone ketika mengecas.
Biasakan diri korang tu untuk mematikan telefon ataupun sekurang-kurangnya mematikan ‘virate features’ ketika sedang mengecas. Ianya adalah tindakan yang bijak, kerana ketika handphone dalam keadaan ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri dan boleh mengakibatkan beban pada proses kimia dalam bateri.
12. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handphone.
Ini juga termasuk kebiasaan buruk yang berlaku kepada beberapa pengguna iPhone. Selain tidak baik untuk kesihatan, (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), melefon sambil mengcas juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak sedar, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.
13. Jangan guna Adapter iPad untuk charge iPhone
Ada yang kata bateri akan penuh cepat, kalau kita guna adapter iPad. Betul, tapi input dia terlampau tinggi untuk iPhone. Sangat berisiko jika korang tetap gunakannya. Original adapter iPhone hanya 5volt. Power input 1Amp.
14. Tidak digalakkan main phone ketika cas.
Dah banyak dah kes meletup main gadget ketika caj ! Lagipun kalau korang perasan, bila korang main game, korang akan rasa phone korang tu panas kan? Sepatutnya bila handphone tengah cas, korang perlukan berikan phone korang tu waktu rehat dan jangan sentuh pun kalau boleh..
15. Jauhkan bateri dari haba !
Jangan cuba-cuba untuk dekatkan bateri phone korang tu dengan haba, contohnya TV dan alat eletrik yang mengeluarkan haba. Sumber haba boleh menyebakan bateri telefon meletop !
Jadi, itu lah antara cara dan tips untuk menjaga bateri iPhone kita supaya tida rosak. Rosaknya bateri pula akan menyebabkan peratusan bateri korang cepat je menurun dan bersedialah untuk beli bateri iPhone baru (ORI) yang berharga ratusan tuu .. Jadi, untuk elakkan daripada ‘beg duit kita tu bocor’, jagalah bateri telefon kita elok-elok yerr … 😀
Ok. Itu saja… Nanti saya kongsikan pula cara nak jimat bateri iPhone eh !
Terima Kasih Sudi Baca ^^
0 Comments